Saturday 3 August 2013

Kunjungan UMS ke Rumah Anak Kesayangan

Sembulan Kota Kinabalu: 09 Ramadhan 1434H bersamaan 19hb. Julai 2013

Rumah Anak Kesayangan Sembulan Kota Kinabalu telah dikunjungi tetamu dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Rombongan seramai 50 orang  itu terdiri dari Pensyarah,  Pegawai Tadbir dan Mahasiswa Mahasiswi Institut Biologi Tropikal dan Perhutanan UMS.

Ini adalah kunjungan julung-julung kali Institut ini yang diketui oleh Prof. Media Dr. Charles bersama Pn. Rahmah selaku Pegawai Tadbir sempena program berbuka puasa bersama anak-anak Rumah Anak Kesayangan (RAK). Prof. Media Dr. Charles dan rombongan menyumbangkan 31 buah meja pelajar dan bahan-bahan keperluan dapur kepada Sy. Fadhil Salleh selaku Pengetua Rumah Anak Kesayangan.

Saturday 22 December 2012



RUMAH ANAK KESAYANGAN (RAK) Kota Kinabalu, kini bernaung di bawah : 

" PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN 
NUR MUHAMMAD SABAH "




PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN NUR MUHAMMAD SABAH
(PKPNM)

NO PENDAFTARAN
PPM-003-12-12032013






                                       Persembahan Jemputan di Suria Sabah, April 2012.




UNIT KEBUDAYAAN ISLAM Rumah Anak Kesayangan (RAK)

- Persembahan Kebudayaan Islam oleh anak-anak Rumah Anak Kesayangan dari
   peringkat rendah hingga remaja

Bagi mengisi Tabung RAK / PKPNM, Unit ini menerima tempahan atau jemputan Persembahan Kebudayaan Islam seperti Nasyid dan  Teater Musikal Islam, Tarian Sufi, Pembacaan sajak dll sebagai Persembahan Amal untuk Majlis Perkahwinan, Ceramah, Kursus, Expo, dan pelbagai majlis yang tidak melanggar syariat Islam. Bentuk dan jumlah sumbangan untuk Tabung RAK boleh dibincangkan.


"Berhibur sambil Beramal"