BANTUAN PEMBAIKAN KENDERAAN & KENDERAAN BARU DIPERLUKAN




KENDERAAN MILIK RAK - PERLU DIBAIKI


Kenderaan ini (terpakai) adalah sumbangan syarikat swasta  tetapi baru-baru ini telah mengalami kerosakan enjin & gear box, menyebabkan tiada kenderaan khusus untuk anak-anak Rumah Anak Kesayangan ke sekolah, hospital, menghadiri jemputan dan untuk tujuan pengurusan seharian.


Keadaan luar dan dalam kenderaan ini masih baik seperti biasa tetapi perlu dikemaskan dalamannya dan dirancang akan dicat baru jika ada sumber kewangan.

Syarikat pembaikan (Merc) telah menganggarkan sebutharga pembaikan keseluruhan kenderaan ini RM7800.00


Sumbangan diperlukan

Mana-mana pihak boleh menyalurkan terus bantuan untuk membaiki kenderaan di atas dan sumbangan anda boleh terus dimasukan terus ke akaun Rumah Anak Kesayangan ini (sila lihat ruang "Salurkan Sumbangan Ikhlas Anda".)  



KENDERAAN BARU DIPERLUKAN





Pihak kami memerlukan kenderaan baru seperti di atas (Nissan Urvan) untuk keperluan semua aktiviti RAK khususnya untuk pergerakan mereka pergi balik ke sekolah.

Dalam masa yang sama juga, kenderaan tersebut akan merupakan kenderaan pelbagai guna seperti menghadiri jemputan dan persembahan, ke hospital, ziarah keluarga, urusan belian barangan harian dan lain-lain yang berkaitan pengurusan Rumah Anak Kesayangan (RAK).

Sumbangan dari orang persendirian, Bank, Syarikat Swasta, Persatuan dan NGO, amatlah kami harapkan.

Semoga sumbangan anda semua dinilai sebagai SAHAM AKHIRAT tuan-tuan....InsyaALLAH.

1 comment:

  1. Nama Akaun: Anak Kesayangan
    No Akaun: 560214053980
    Bank: Maybank

    ReplyDelete