BERITA SEMASA MENGENAI RAK/PKPNM

Allahyarham En. Ramdin Apong

Allahyarham En. Ramdin Apong
 Al Fatihah... Pada 27 Mac 2013 lebih kurang jam 6.30 ptg, En. Ramdin Bin Apong yang merupakan Setiausaha Rumah Anak Kesayangan (RAK) yang bernaung di bawah PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN NUR MUHAMMAD SABAH (PKPNM), telah kembali ke rahmatullah akibat sesak nafas di rumah beliau. Allahyarham yang mengidap penyakit lelah (Asma) menghembuskan nafas terakhir di hadapan Isteri dan anak-anaknya. Allahyarham meninggalkan 2 orang balu dan anak seramai 8 orang. Anak-anak Allahyarham kini sebahagiannya ditempatkan di Rumah Amal ini untuk meringankan beban dan sebagai menghargai jasa Allahyarham terhadap Rumah Amal ini.

1 comment:

  1. Al Fatihah. Semoga Allah menempatkan Allahyarham bersama-sama mereka yang soleh. Amin. Insan yang lebih disayangi oleh Allah S.W.T.

    ReplyDelete